Sunday, May 8, 2011

::selamat hari ibu::

assalamualaikum w.b.t



ibu…
dirimu tak pernah sekali pun berkata tidak
pada setiap apa yang ku minta
ibu…
dirimu tak pernah sekali pun berkata benci
pabila aku mengguris hatimu

ibu…
marahmu bersalut sayang
teguranmu bersalut kasih
radangmu bersalut cinta
buat anakmu yang sering alpa…

ibu…
siapa lagi yang sanggup berjaga untukku
siapa lagi yang mahu mendodoiku saat aku merengek
siapa lagi yang boleh memujukku andai hatiku dipagut kesedihan
hanya dirimu…
hanya dirimu…
ibu…

ibu…
hanya satu yang ingin anakmu ini katakan….
bukan hanya pada hari ibu ini…
tapi untuk hari-hari yang bakal dilalui….
yang anak nakalmu ini…
Sayang ibu sangat-sangat…

       
~nfj~



Sunday, May 1, 2011

cerita bulan mei

assalamualaikum w.b.t
selamat petang...
macam dah nak dijadikan takwim ja blog aku ni..
tapi tak apa... memang aku perlukan juga tu...
manusiakan mudah lupa...

01 mei : Hari Pekerja

02 mei : Nuratika Osman mendapat pingat 'keTUAan diraja'

11 mei : Hari untuk memantapkan diri sebelum berjumpa pegawai JPJ yang serius habis (pandai2 ja aku buat gambaran)

12 mei : Berjuang untuk mendapatkan lesen (cubalah test JPJ ni boleh guna kerete auto...senang sikit)

16 mei : Sepatutnya pi PLKN... aku tak pegi..

23 mei : Perjuangan menuntut ilmu..
"ya Allah... Engkau permudahkanlah perjalanan kami sebagai seorang pelajar... Berilah ketenangan kepada kami... Jauhilah kami daripada perkara2 yang engkau mungkari"