Tuesday, June 28, 2011

::aku masih bergelar pelajar::

assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera...
1 bulan lebih di KML::
tidak terasa langsung sudah sebulan lebih aku menjadi warga KML.. setiap hari di lalui dengan pelbagai cerita suka duka... tak kurang juga cerita pelik dan misteri... tapi hidup di KML ni aku rasa lebih kurang sama saja dengan kehidupan di asrama... cuma bezanya sini lebih bebas berbanding asrama.. bukan bebas sebebasnya.. tapi bebas dari segi tiada prep dan masa makan... kalau di asrama dulu.. ada prep petang dan malam... kat KML ni  ilek-ilek la... (untung di KML sebab dapat belajar bahasa sarawak lagi)
* kuliah kat sini sama saja sebenarnya dengan kuliah di institusi pengajian yang lain... jadi aku agak kurang percaya jika ada mengatakan kuliah kat tempat diorang lagi best.. apa yang bestnya??? dewan kuliah kat sini ada 6... tapi untuk student BP2... kitorang guna DK1 n DK2 je... kalau di ingat balik.. lawak juga dengan gelaran  untuk DK ni... DK1=banyak barang jatuh... DK2=dk untuk tidur (hanya yang pernah masuk kat dua DK tu akan faham maksud aku ni...)
* tutorial kat sini pun sama saja dengan tempat lain...yang paling best untuk BP2T14(kelas akulah ni)... ada beberapa subjek yang menyebabkan orang berebut mahu duduk belakang(subjek apa 2?hehehe) satu bulan saja di sini dah masuk chap 4 untuk fizik...laju jugalah... sebab fizik ada 15 bab..
* koko... part ni yang aku suka ni... best saja time ni... release tension juga... tak sabar untuk lawatan nanti... walaupun lawatan kat labuan saja dan mengambil masa dalam 2 jam 30 minit saja.. tapi aku rasa pengalaman itu pasti akan membawa makna juga... tak perlulah jauh2...hehehe
* hari guru KML... yang boleh aku katakan... LAWAK...LAWAK... yang bestnya kat sini para pensyarah yang buat persembahan... itu yang lawak tu... KML kan sporting...menyanyilah...berlakonlah...choral speakinglah... dan macam2lah... ditutup dengan persembahan pelajar... APAKAH!!(lagu yang didendangkan pun jadi ikutan dah 1 KML)
*JPP... macam pilihanraya sebenar ja... harap mereka yang terpilih akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...

panjang betul entry aku kali ni... banyak betul mahu diceritakan lagi sebenarnya... tapi lain kalilah... cerita orientasi pun tergantung ja...

p/s: sepahku juara ML... next entry aku cerita pasal ni pula... jangan marah...(KO ADA? SIKDA)

p/s/s: teringat hari sabtu tengok drama tajuk "aku ada, kau ada?" kami pun jawab sikda... APAKAH!!!

Sunday, June 5, 2011

::orientasi yang ?#%$@!::

assalamualaikum...
selamat pagi...
salam sejahtera...
salam 1 malaysia <malaysia boleh>...
sungguh la lama tak update blog...
baru ada masa... ni pun tutorial kimia pun siap lagi...
kenapa tajuk entry macam 2?
bukan sebab benci sangat...
juga bukan sebab suka sangat...
perasaan 2 bercampur baur...
mari kita selami apa yang terjadi sepanjang minggu MPPB..
(majlis pengurusan pelajar baru)

23 mei 2011:
pagi2 lagi datang ke KML mendaftar... habis mendaftar terus pi bilik...
A.1.11... syukur alhamdulillah... dpt sebilik dengan tikah..yani n bibi...
tengok2 la jadual MPPB... konon 4:15 ka 4:50 ada taklimat MPPB...
sedia la ni konon... padahal taklimat untuk fasi... apa ra...
santai2 waktu petang... sempat online lagi...
malam bermula la aktiviti rasmi MPPB... taklimat dr pengetua kolej kediaman...
tapi pengetua tak dapat datang...
p/s: tahap kepenatan masih di tahap minimum....

24 mei 2011
pagi... selamba de je kami bangun jam 4... mandi pun santai2 ja...
sekali keluar suara "semua pelajar muslim sila pergi ke surau sebelum jam 4:30"
"pelajar non muslim pi ldk moral d dewan mutiara"
punya main kelam kabut lagi...baru ja habis mandi.. berpeluh balik...
gara2 surau punya main jauh dari blok kami...
habis solat subuh... pi dewan mutiara dengar ceramah...
jam 6:00 p astaka mau riadah pagi... memang lari ja kerja...
jam 7 kena lepas pi asrama... tapi... 7:30 msti berkumpul dpan asrama...
nyanyi la lagu KML and negaraku..
ulang2 selagi tak kuat n semangat selgi tu disuruh ulang...
jam 8 ada perjumpaan ngan pengarah...jam10:30 taklimat kaunseling..
petang ada perjumpaan dgn mentor...
aku PST41...mentor miss pria... rkan sementi... hisyam,peter,jurin,pney,
vanessa,stina,fina n agnes...
lepas solat asar terus p riadah.... sampai jam 5:30..
jam 6 p surau balik... maghrib n isyak...
malamnya forum bersama alumni... kena buat di dataran kawad..
berbumbungkan langit malam yang tak berbintang...
p/s: tahap kepenatan macam orang maraton 15 km...

setakat ni saja dulu... penat dah tangan menaip... nanti sambung balik...
>KML SPORTING..

Sunday, May 8, 2011

::selamat hari ibu::

assalamualaikum w.b.t



ibu…
dirimu tak pernah sekali pun berkata tidak
pada setiap apa yang ku minta
ibu…
dirimu tak pernah sekali pun berkata benci
pabila aku mengguris hatimu

ibu…
marahmu bersalut sayang
teguranmu bersalut kasih
radangmu bersalut cinta
buat anakmu yang sering alpa…

ibu…
siapa lagi yang sanggup berjaga untukku
siapa lagi yang mahu mendodoiku saat aku merengek
siapa lagi yang boleh memujukku andai hatiku dipagut kesedihan
hanya dirimu…
hanya dirimu…
ibu…

ibu…
hanya satu yang ingin anakmu ini katakan….
bukan hanya pada hari ibu ini…
tapi untuk hari-hari yang bakal dilalui….
yang anak nakalmu ini…
Sayang ibu sangat-sangat…

       
~nfj~



Sunday, May 1, 2011

cerita bulan mei

assalamualaikum w.b.t
selamat petang...
macam dah nak dijadikan takwim ja blog aku ni..
tapi tak apa... memang aku perlukan juga tu...
manusiakan mudah lupa...

01 mei : Hari Pekerja

02 mei : Nuratika Osman mendapat pingat 'keTUAan diraja'

11 mei : Hari untuk memantapkan diri sebelum berjumpa pegawai JPJ yang serius habis (pandai2 ja aku buat gambaran)

12 mei : Berjuang untuk mendapatkan lesen (cubalah test JPJ ni boleh guna kerete auto...senang sikit)

16 mei : Sepatutnya pi PLKN... aku tak pegi..

23 mei : Perjuangan menuntut ilmu..
"ya Allah... Engkau permudahkanlah perjalanan kami sebagai seorang pelajar... Berilah ketenangan kepada kami... Jauhilah kami daripada perkara2 yang engkau mungkari"


Friday, April 22, 2011

Tak Bertajuk

assalamualaikum...
selamat pagi yang nak dekat dengan tengah hari...
apa khabar pembaca sekalian....
lama betul dah tidak bersua....
hehehehe... sebenarnya aku masih tak da idea...
tapi memandangkan blog ni da lama tak ber'update...
aku pun buat satu entry yang tajuknya pun aku tak tahu..
sadis beb...
1. aku nak cerita pasal keminatanku yang melampau untuk kumpulan sepah yang memang lawak habis...3 minggu berturut-turut diorang ni tak pernah mengecewakan aku....mantap beb... terutama minggu pe'ah...hahahah....aku harap diorang ni dapat pi final n dapat jadi maharajalawak....

2. MAK... majlis anugerah kecemerlangan yang berlangsung kemarin... best ja rasa sebab aku dapat jumpa x-classmate aku... cuma x dapat ngan 3 lagi member aku... aduhai... kakak...mira n bibi... bergambar pun kemarin dah macam artis.... sini klik... sana klik... btw... nanti aku mau minta gambar tu k...

3. surat PLKN dah ada tempat aku... banyaknya nak dibuat... aduhai... kalau aku dapat panggilan 1 dulu punyalah aku bersemangat... tapi panggilan 2 pulak....

setakat tu ja la.... memang tak da idea langsung.... bagus juga kalau blog ni dijadikan medan kreatif ku... tapi nanti la... baru buat prolog pun sudah otak blank....

yohaa!!!

Friday, April 1, 2011

::ugutan dari 2 orang "LAI"::

assalamualaikum w.b.t...
selamat malam(chewah.... first tym update malam...)
aduyai.... 2 orang LAI ni memang tak makan saman langsung...
dengan ini diisytiharkan... pada 01 april 2011...
aku sudah mempunyai akaun fb...
tp senang jer buat fb ni(mana la tak senang.... seorg LAI dgn seng hati menaip
maklumat2 yg diperlukan....aku tak terkata...
bermacam alasan yg diberikan...
1. senang kalau ada maklumat baru nak bagi tau kau....
2. boleh jumpa balik kawan2 lama
3. nak chat pun senang....
4. senang aku mau taruh arah BFF ku...
5. nda malu lagi mau balas komen driku(slalu guna FB fitrie)
aku pun mau berterima kasih dengan 2 org LAI ni sebab
aku just mau tulis password je....
yang lain dorang yang bereskan.. mantap jo!!!
tahu tak sapa LAI 2??
1. ROZIYANI RAHMAN
2. DG NOORALIZAN
opps... dorang pun sekarang ni tengah memujuk tikah...
nak suruh tukar jadi nama betul..... pulak...
apa2 pun...thanks byk2....
yohaa!!!

Sunday, March 27, 2011

::tanpa mereka aku adalah zero::

assalamualaikum w.b.t.
salam sejahtera....
entry hari ni aku nak buat penghargaan sikit...
dedikasi ini ditujukan kepada:
sir najib~ trima kasih di atas ilmu,maklumat dan apa2 saja yang diberikan kepada kami semua(5 science stream) dan juga menjadi guru kelas paling sporting pernah aku jumpa....
cikgu syarifah~ bahasa yang indah dan sangat memukau menjadikan minatku semakin
bercambah dalam penulisan kreatif....
teacher shima~best sangat belajar BI dengan teacher....
ustazah norella~ rindu dengan nasihat dan teka-teki ustazah....
sir jafsany~ terima kasih banyak2 di atas tunjuk ajar sir dalam fizik dan matematik....
ustaz samsu~ thanks banyak2 ustaz sebab tetap sabar ajar kami 8m3... (walaupun adanya siaran ulangan setiap kali ustaz nak menerangkan kami)
sir kasim~ sir memang yang terbaik....(minta maaf sebab pernah tak hadir kelas sir sekali)
teacher lawrence~thanks teacher... banyak betul soalan dari negeri lain yang kami dapat dari teacher....
cikgu asmah~ seronok dan rasa bertuah dapat menjadi murid cikgu....(",)
sir sudirman(8m3),cikgu ramisah(siv),teacher norezan(m3),teacher hardiana(che)~
jasa kalian sentiasa dikenang...
buat guru2 SMK BONGAWAN~
tanpa kalian aku adalah zero
tanpa kalian kami adalah zero....

buat ayah~ syukran sebab tak merungut pun kalau nurul nak minta hantar ke sana ke mari....(kelas tambahan)
buat ibu~ terima kasih sebab sentiasa memberi peluang nurul untuk ulangkaji....
buat fitrie~ ingat apa yang kakak pesan
buat putri~ jangan kan menyuruh orang saja.. buat sendiri....(hahahaha)
yohaa!!!

Friday, March 25, 2011

andai kata bumi VS marikh

assalamualaikum w.b.t.
fuh! punya main lama aku tak update blog....
result spm pun dah keluar rabu lalu....
tahniah buat ag rezuan ag duraman koz pecah rekod sekolah...
10A...tahniah...tahniah....
berbalik kepada tajuk entry aku....
andai kata rakyat bumi akan berentap dengan rakyat marikh...
(dalam bolasepak)... hehehe
siapa yang bakal mewakili bumi ke peringkat ni....
pelik juga entry aku ni ye....
ini mungkin kerana keobsesan ku terhadap bola ni...
ini dia wakil negara...

23 PEMAIN PILIHAN AKU:

01. Iker Casillas
02. Manuel Neuer
03. Khairul Fahmi
04. John Terry
05. David Luiz
06. Carlos Puyol
07. Aidil Zafuan
08. Nani
09. Xabi Alonso
10. Frank Lampard
11. Luiz Suarez
12. David Villa
13. Lionel Messi
14. Cristiano Ronaldo
15. Norshahrul Idlan
16. Ferreira
17. Xavi Hernandez
18. Iniesta
19. Didier Drogba
20. Samuel Eto
21. Mahali Jasuli
22. Karim Benzema
23. Mesut Ozil

hahahahaha... cukup pun....
aku tak tahu pula siapa nak jadi kapten...
siapa yang layak ye??

Saturday, March 12, 2011

kalau korang bijak #1 ::jawab jangan tak jawab::

assalamualaikum w.b.t....
hari ni sengaja nak buat korang pecah kepala.... kehkehkeh...

Apa kata kita cuba uji minda kita dengan teka-teki mudah ini?

1. Ada lima buah rumah. Warna pintu bagi setiap rumah adalah berlainan. Penghuninya pula terdiri daripada pelbagai warga negara yang memelihara haiwan perliharaan dan minum minuman berbeza. Setiap penghuni juga makan makanan yang berbeza.

2. Warga Australia tinggal di rumah berpintu merah.

3. Warga Itali memelihara anjing.

4. Kopi diminum oleh warga yang tinggal di rumah berpintu hijau.

5. Warga Ukraine meminum teh.

6. Rumah berpintu hijau berada betul-betul di bahagian kanan (bahagian kanan anda) rumah berpintu putih.

7. Warga yang makan cendawan membela siput.

8. Buah epal dimakan oleh warga yang tinggal di rumah berpintu kuning.

9. Susu diminum oleh warga yang tinggal di rumah bahagian tengah.

10. Warga Norway tinggal di rumah pertama di bahagian kiri.

11. Warga yang makan bawang tinggal di rumah yang bersebelahan dengan warga yang memelihara musang.

12. Buah epal dimakan di rumah bersebelahan dengan rumah yang membela kuda.

13. Warga yang makan kek meminum jus oren.

14. Warga Jepun makan pisang.

15. Warga Norway tinggal bersebelahan dengan rumah berpintu biru.

Oleh itu, siapakah yang meminum air dan siapakah pula yang membela zebra?

Teka-teki yang mudah tetapi mencabar untuk kita sama-sama jawabkan. Memang mudah mendapat jawapan tetapi bagaimana kita mendapat jawapan menjadi perkara yang utama...hehehe
p/s: sapa dpt jawab aku bg hadiah.....

yohaa!!!

Friday, March 11, 2011

alahai filem zaman sekarang....

assalamualaikum frenz....
apa khabar korg semua....
hehehehe.....
kemarin aku ada tengok filem khurafat....
alahai... byk betul aku nak komen pasal filem 2...
itu yang keluar tajuk entry ni.....
pertama... aku hairan la apasal kalau citer hantu jer...
mesti suasana malam n siang sama je...
gelap je... smpai aku ckp ngan kazen aku...
bila nak siang ni...
suasana terlampau gelap 2 la yg membunuh filem 2...
tgk punya tgk... tetiba ja liyana jasmay teriak...
padahal kami x nampak pun apa yg dia tgk...
apa lagi...yg seram pun jadi bahan lawak kami....
kedua.... kalo korg perasan...(mana2 filem)
dorg pakai hp punya main canggih skali bunyi mcm telefon rumah je...
aduhai....pakai poli tp bunyi kring...kring... je....
ketiga.....pasal telefon juga...
kalo dorg menelefon org...
lpas dail trus ckp beb...
ni barulah terer...
sedangkan... telefon 2 akan mengambil beberapa saat untk d smbgkan...
x logik betul la...
itu baru citer melayu.... belum lagi citer indonesia....
pelik betul la telinga org jahat kat sana 2...
dan byk betul kebetulan...
asal watak jahat je.... mesti terdengar ckp org baik...
walaupun dorg punya jarak jauh sangat...hehehehe
okeyla.... baik aku stop...
sblm kehairanan ku makin bertambah.......
yohaa!!!!

p/s: tahniah mohd hariff salleh sbb dapat 4 jersi dalam peringkat ketiga jelajah 1 malaysia... (",)

Thursday, March 10, 2011

PAK vs MAS :: kelayakan olimpik ::

assalamualaikum...
hari ni aku citer bola lagi....
da memg aku terlampau obses ngan sukan ni...
apa boleh buat...
smlm merupakan plawanan timbal balik
skuad malaysia utk kelayakan olimpik...
kat lahore, pakistan....
aku x boleh komen apa2.... sbb...
aku x tgk  plawanan 2 smlm...
atas sbb2 teknikal pihak pakistan...
aduhai... da pun aku siap da tggu dpan tv....
tp.. skuad negara menang juga ngan agg 2-0..
alhamdulillah....
harp2 dorg akan truskan momentum kmngn ni...
amin.....
yohaa!!

Sunday, March 6, 2011

FaRaHie vs nuRuL

assalamualaikum w.b.t... :D
kemarin ada chat ngan nurin...
ea ckp... ea ada buat n3 baru....
tajuk n3 dia.... lizan vs nurin....
hahahaha... tu la aku pun trus buat mcm dia....
apa beza farahie n nurul ni???
dua2 pun nama aku ni...
tapi kalau korg prasan....
hanya org yg tlalu rapat ngan aku je yg pggl aku nurul....
yg lain.... formal ja pggil aku farahie....
tp masa aku skola kat benoni dulu.... smua dorg pggl aku nurul...
pindah pi miri pula...
ada 5 org agaknya saja yg pggl aku nurul....
ish...ish...ish...
makin pupus pula nama nurul ni....
n... org selalu tanya... apasal nak pggl nurul...
nama ko bukn ada nurul pun....
nur farahie ja pun 2....
aku pun jwb la....
dulu spttnya nama aku nurul farahie...
n taktau napa kat pjbt pdftrn kat ?? tak guna nama nurul...
jadi ja la nur farahie... nurul pula jd nama tmangan aku....
okey genk.... itu ja...
yohaa!!

p/s to nurin:: hahaha... jgn marah...

Tuesday, March 1, 2011

aWal buL@n mac

assalamualaikum....
memandgkn blog aku ni sepi jer utk bbrp hari...
jd aku pun bt kputusan nak mnmbh dn mbertkan lgi blog aku ni...
taktau nak citer apa...
jdi tjuk n3 pun x brapa jelas la....
bulan mac ada apa ye...
kalo bg aku blan ni spesel ckit la dari blan lain...
hahaha...
byk b2l pristiwa bersejarah dlm blan ni...
dalam hidup aku la...
rentetan MAC::

  • 02 mac:: chelsea VS manchester united
  • 05 mac:: hari tua utk kazen aku...
  • 07 mac:: birthday yayang aku(maci aku)
  • 10 mac:: staun da pristiwa hafazan
  • 13 mac:: ???
  • 14 mac:: mayb result kuar...
n byk lagi tpi x ingt pula...
hahahaha...
apa2 pun seperti biasa...
yohaa!!!!

Thursday, February 24, 2011

MAS vs PAK ::kelayakan olimpik::

assalamualaikum....
hari yg indah.....
mcm biasa la.... da ada pkataan VS 2....
tntulah aku nak cite pasal bola lagi...
tahniah utk team malaysia
koz mdpt bekalan yg agak baik juga tuk timbal balik nnti
2 : 0
semalam aku rasa... dorg memg men ngan baik sgt....
byk peluang tpi penyudah yg tidk teliti....
nak ditanya kat aku...
sapa pemain terbaik malam td...
aku rasa Umer kot...
hahahaha
pjaga gol simpann utk pakistan...
sgt cemerlang mlm td...
lpas ni jadi kesebelasn utama kot...
kalo team malaysia pla...
aku pilih syakir n wan zaharul
sgt rajin dan penuh skill....
apa2 pun smoga dorg ni berjaya nnti....
amin!!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Fakta #1 'benar walaupun pelik'

assalamualaikum w.b.t...
satu segmen kini menjelma....
fakta...fakta...fakta....

  • ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.
  • gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari.
  • ikan terkecil di dunia adalah trimattum nanus yang terdapat di Kepulauan Chagos. Ukurannya 0.0075mm panjang.
  • purata setiap manusia meludah sebanyak 25000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.
nantikan yang akan datang.....
yohaa!!

Wednesday, February 16, 2011

jom!!!!

assalamualaikum w.b.t
hari ni saja jer buat satu entry baru...
nak citer pasal 1 laman sosial yg best utk diikuti...
kpd yg mghadap blog sy skrg ni...
silalah daftar kat http://myfriends2u.com/ 
mari kita penuhkan laman ni... kehkehkeh..
yohaa!!!

Saturday, February 12, 2011

:: semalam,hari ini,esok::

assalamualaikum sahabat....
hari ni berapa hari bulan yer...
biar aku je sebut...
sebut??? mcm mana la korg nak dengar kan...
correction...
biar aku je tulis...
hari ni... 12 haribulan, bulan februari, tahun 2011...
maka genaplah umur kawan aku 18 tahun...
kawan???? bukan lah...
sahabat la dia ni... up sikit....
kepada dg nooralizan binti abdul wahid:
" selamat ulangtahun kelahiran"
berbalik kepada tajuk entry ni...
kenapa aku letak mcm 2..
SEMALAM...
hari yg telah kita tinggalkan n tak mgkin akan kmbali lagi...
apa yg kita tlah buat??
btambah ka bkurg amalan kita??
cukup ka tidak ibadah kita??
korg jwb la sndiri..
HARI INI....
hari yang sedang kita lalui...
hari yg bkal mjadikan kita smkin dekat dgn akhirnya...
apa yg tlah kita buat??
btmbh atau bkurg pahala kita??
ESOK...
hari yg belum pasti kita akan lalui...
apa nak buat esok??
bermain ka?
menyanyi ka?
atau apa2 lagi ka??
stakat ni saja dulu...
korg jawab jela...
hehehe...
yohaa!!!

p/s to lizan: tym aku harijadi.. ko pula tulis psl aku k...hehehe
                  main2 ja...

Thursday, February 10, 2011

ultras malaya

assalamualaikum...
selamat pagi... hari ni.... aku mahu cerita pasal skuad bola sepak malaysia yang semakin meningkat ni... semalam ada tengok ke MAS vs HK?? kalau aku...mesti tengok punya... seronok dapat tengok banyak player baru dalam skuad harimau ni.. di tambah pula dengan kemunculan semula beberapa tonggak seperti Fakri dan Aidil... tambah mantap jo...hehehe... aku tengok permainan malaysia semalam samakin baik terutama  bahagian tengah..bagus betul kombinasi Safiq n Guru... kalau waktu piala AFF Suzuki dulu... aku rasa bahagian ni ada problem sikit... tapi alhamdulillah... makin banyak improve da... kalaulah pengulas(razip) pillih safiq jadi pemain terbaik... aku pula pilih 2 orang... antara Aidil dan Kunalan... pertahanan Aidil bagi aku sangat ampuh... dan sukar di lepasi... kalau Kunalan pula aku rasa dia ni player yang rajin sangat... kat mana2 tempat ada je kelibat dia nak tolong member...bagus juga.... macam 2... tapi yang aku paling bangga dengan skuad negara ni... apa?? usia pemain malaysia semuanya lingkungan 20 - 30... yang pasti under 30 la... banyak lagi masa nak improve... yang utama... aku sangat la tak setuju kalau ada guna pemain luar... tak menguntungkan langsung... lain la kalau nak ambil MESSI ka... RONALDO ka... KAKA ka...
XABI ALONSO ka...FRANK LAMPARD ka... DIDIER DROGBA ka... baru puas hati... dorang ni main seorang pun boleh lepas banyak pertahanan... hehehehe...
yohaa...!!!!

Sunday, February 6, 2011

dUNia pUNya ceRitA

assalamualaikum wahai hamba2 ALLAH semua...
apa khabar hari ni... aku??  alhamdulillah sihat sejahtera... semalam aku ada tengok pilih kasih... berdebar juga aku masa penyingkiran tu... hehehe... nasib c W tak keluar... kesian eh... balik2 dia dan jannah je bottom 3... tapi takpa la... kalau ada rezeki... pasti dia ke final juga... sekaligus ambil juara terus... teringat pula cerita ROB B HOOD... lawak betul cerita 2... comel pula baby dalam cerita tu... His name Matthew.. ada jackie chan dan louis koo juga...tak henti2 ketawa tengok cerita 2... ish3... asyik ketawa je...
ok lah... sudah2 la cerita... lain kali sambung balik...
yohaa!!!


::matthew::


Thursday, February 3, 2011

belajar bahasa sarawak

nah!! ambik korang... entry ketiga aku untuk hari ni....
pasal bahasa sarawak ni... aku rasa bahasa dorang ni unik...
macam ada satu bahasa yg boleh digunakan oleh semua orang sarawak...
disamping ada bahasa lain mengikut dorang punya bangsa..
ada melanau...ada iban... ada kedayan... ada macam2 lagi...
kita mula dari mana yer...
  1. saya - kamek
  2. awak - kitak
  3. tiada - sikda
  4. jangan - iboh
  5. tengok - nangga/tangga
  6. cakap - kelaka
  7. buat - polah
  8. sekarang - kinek
  9. ini - tok
  10. macam - kedak
cukuplah 10 perkataan... len kali ada masa.. aku bg lagi...
sik tauk mok molah pa kinek tok...

PeTua cEmeRLanG

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari
dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

P/S: DI COPY N PASTE DARI http://www.iluvislam.com/

::aku dah pegi bengkel::

bengkel apa yg aku ikut nih...
bengkel memasak ker????
salah
bengkel rekacipta ker???
salah
bengkel betulkan kereta ka???
salah lagi
meh..meh..meh.. kamek padah ngan tokrang tok..
bengkel memandu la... 
hari ni... aku mau share 10 perkara yg perlu di buat sebelum memandu..
  • betulkan tempat duduk
  • betulkan cermin pandang sisi n belakang
  • pakai tali pinggang keledar
  • tentukan gear dalam keadaan bebas(free gear)
  • hidupkan enjin
  • uji keadaan pencuci cermin
  • uji keadaan lampu isyarat kanan dan kiri
  • uji keadaan lampu jalan(tinggi/rendah)
  • uji lampu kecemasan
  • uji keadaan HON
mesti buat ni... nanti gagal pula ujian memandu...
yohaa!!!





Tuesday, February 1, 2011

jay iswazir @pilihkasih2@

assalamualaikum
salam muhibbah...
hari ni sebenarnya tak tahu nak cerita apa... fikir punya fikir... teringat pula dengan si wazir ni... sungguh tak beradabnya aku ni...  hehehe... abang jay la... nak tahu macam mana aku boleh terminat dengan dia ni.. jeng...jeng..jeng... sejak tengok teater pilih kasih yang dia ada 4 isteri tu... best dan lawak sangat waktu tu...... dan aku takkan lupa masa dialog ni...

"ada corrie bagus...takda corrie lagi bagus"

dengan bahasa boyan... kehkehkeh...

yohaa!!!


meh undi abg wazir ni....


Monday, January 31, 2011

::sukan sekolah::

salam ceria....
hari ni aku nak cerita pasal sukan sekolah ni...aku fikir hampir semua orang ada pengalaman pasal cerita ni...hijau lah! merah lah! biru lah! kuning lah dan bermacam macm lagi LAH... kalau aku pula... aku dah mengikuti banyak jenis rumah sukan...meh sini aku cerita satu2...masa aku kat sekolah rendah dulu... aku berada dalam rumah BIRU.... waktu aku darjah enam... sekolah aku pun ada buat perubahan sikit pasal nama rumah sukan ni...aku masa tu terpilh masuk rumah Tun Fatimah(oren)...selain tu ada juga rumah Tun Teja...Mat Saman...dan  Mat Salleh... masuk form 1... aku pergi SMK Benoni...aku di pilih pula masuk rumah alpha(biru)... bersaing betul masa tu dengan rumah sigma(merah) tapi rumah beta(hijau) n delta(kuning) pun kuat juga...kehkehkeh...sekejap saja aku kat sana...bulan 2 dah pindah pergi SMK Agama Miri...macam biasa ada 4 pasukan juga....saidina abu bakar...saidina umar...saidina uthman dan saidina ali...cuba teka aku rumah apa...??? masuk form 4 aku pindah ke negeri asal aku...kat SMK Bongawan pula kali ni...aku masuk rumah DELIMA... selain 2 ada...INTAN...ZAMRUD... dan tak lupa NILAM...setakat tu je la aku cerita... kalau diingat balik... banyak juga rumah sukan aku ye... apa apa pun
yohaa!!!


::ni gambar bangunan skola aku (SMKAM)::


Sunday, January 30, 2011

:: sLam dUNk ::

assalamualaikum...
hari ni aku mahu cerita pasal kartun yang paling aku suka,minat,teruja dan bermacam2 lagi... setakat ni aku dah ada vol 1-27 komik slamdunk ni... ada 4 lagi yang belum ada... lambat betul stok baru nak datang...cewah... dalam slamdunk ni... aku suka sangat dengan watak kokure... tak tahu la kenapa... maybe pasal perwatakan dia baik kot...watak utama dalam slamdunk ni seorang yang sangat melucukan...tak tahu pula macam mana sakuragi hanamichi ni boleh pula jadi watak utama dengan perangainya yang pelik tu...
sampai bila2 slamdunk akan sentiasa di hati.. dengan adanya si hensem rokawa, si kiut haroko, si garang akagi,si keriting miyagi, si bola 3 mata mitsui, si lucu sakuragi n de gang, si baik hati kokure, si bijak jurulatih ansai, dan banyak lagi si...si...si...
 yohaa!!!




Saturday, January 29, 2011

lesen memandu

assalamualaikum....
salam gumbira....
cerita pasal lesen ni... baru tadi aku selesai buat ujian lalulintas yang berkomputer tu... fuh!!... berdebar juga aku...alhamdulillah... tak perlulah aku mengulang beb... kehkehkeh...aku orang ketiga yang datang tadi... jadi cepatlah aku menyelesaikannya...tak perlu tunggu orang lagi... kehkehkeh...dua minggu lalu aku pergi ceramah memandu ni...penat betul beb...5 jam duduk saja...buka telinga...sejuk lagi tu...lepas habis ujian ni... ada bengkel lagi... bersedialah wahai drFa...
yohaa!!!

Friday, January 28, 2011

kucing...1...2...3

assalamualaikum tuan2 dan puan2...kehkehkeh...
salam jumaat aku ucapkan kepada anda semua...
hari ni aku nak cerita pasal kucing yang ada kat rumah aku ni... sekarang ni kucing2 tu dah ada 5 ekor...tak tahu pula berapa jantan dan berapa betina...kehkehkeh...ini senarai kucing famili aku ni dan keterangan mereka sekali....              
                
1. nama: jack sparrow
    gelaran: jack
    umur: tak ingat pula.. tapi Si jack ni yg paling tua kat umah ni..
2. nama: namini
    gelaran: mini
    umur: maybe setahun kot...
3. nama: putihhitam
    gelaran: putam
    umur: muda dari mini...
4. nama: bunga
    gelaran: bunga juga...
    umur: beberapa bulan
5. nama: markus laser
    gelaran: M.L
    umur sama dengan bunga....

yohaa!!!

Saturday, January 22, 2011

Tak Sekolah Lagi

assalamualaikum...
dah hampir sebulan sesi persekolahan berlangsung... dan aku masih lagi tercongok kat rumah tak tau nak buat apa... itulah... dulu bukan main lagi liat nak pergi sekolah... sekarang ni, bosan pula sebab tak pergi sekolah... rindu dengan kengkawan...rindu dengan homework....rindu dengan kelas(5 SCIENCE STREAM)... tak lupa juga rindu dengan guru2 yang tercinta... persoalannya...apa nak buat sekarang ni???????? kehkehkeh... yohaa!!!

salam ukhuwah

assalamualaikum w.b.t
pembukaan blog ini menjadikan aku mempunyai satu laman khas untuk berbicara, bercerita,berkongsi dan mungkin mengeratkan ukhuwah dengan hamba2 ALLAH yang lain... di sinilah medan untuk aku meluahkan apa saja yang aku mahu berdasarkan perjalanan hidup yang telah aku lalui... boleh dikatakan diari jugalah blog ni.. diari yang boleh dibaca oleh orang ramai... blog ni bukan hanya tentang diriku saja... malahan di sinilah tempat untuk siapa2 saja... keluarga,sahabat,guru hatta orang lain pun akan wujud di blog ini... kepada yang menyukai blog ini... hanya cari perkataan follow... bagi yang tak suka, terima kasih kerana menjengahnya walaupun sekali...
~yohaa~