Tuesday, June 28, 2011

::aku masih bergelar pelajar::

assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera...
1 bulan lebih di KML::
tidak terasa langsung sudah sebulan lebih aku menjadi warga KML.. setiap hari di lalui dengan pelbagai cerita suka duka... tak kurang juga cerita pelik dan misteri... tapi hidup di KML ni aku rasa lebih kurang sama saja dengan kehidupan di asrama... cuma bezanya sini lebih bebas berbanding asrama.. bukan bebas sebebasnya.. tapi bebas dari segi tiada prep dan masa makan... kalau di asrama dulu.. ada prep petang dan malam... kat KML ni  ilek-ilek la... (untung di KML sebab dapat belajar bahasa sarawak lagi)
* kuliah kat sini sama saja sebenarnya dengan kuliah di institusi pengajian yang lain... jadi aku agak kurang percaya jika ada mengatakan kuliah kat tempat diorang lagi best.. apa yang bestnya??? dewan kuliah kat sini ada 6... tapi untuk student BP2... kitorang guna DK1 n DK2 je... kalau di ingat balik.. lawak juga dengan gelaran  untuk DK ni... DK1=banyak barang jatuh... DK2=dk untuk tidur (hanya yang pernah masuk kat dua DK tu akan faham maksud aku ni...)
* tutorial kat sini pun sama saja dengan tempat lain...yang paling best untuk BP2T14(kelas akulah ni)... ada beberapa subjek yang menyebabkan orang berebut mahu duduk belakang(subjek apa 2?hehehe) satu bulan saja di sini dah masuk chap 4 untuk fizik...laju jugalah... sebab fizik ada 15 bab..
* koko... part ni yang aku suka ni... best saja time ni... release tension juga... tak sabar untuk lawatan nanti... walaupun lawatan kat labuan saja dan mengambil masa dalam 2 jam 30 minit saja.. tapi aku rasa pengalaman itu pasti akan membawa makna juga... tak perlulah jauh2...hehehe
* hari guru KML... yang boleh aku katakan... LAWAK...LAWAK... yang bestnya kat sini para pensyarah yang buat persembahan... itu yang lawak tu... KML kan sporting...menyanyilah...berlakonlah...choral speakinglah... dan macam2lah... ditutup dengan persembahan pelajar... APAKAH!!(lagu yang didendangkan pun jadi ikutan dah 1 KML)
*JPP... macam pilihanraya sebenar ja... harap mereka yang terpilih akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...

panjang betul entry aku kali ni... banyak betul mahu diceritakan lagi sebenarnya... tapi lain kalilah... cerita orientasi pun tergantung ja...

p/s: sepahku juara ML... next entry aku cerita pasal ni pula... jangan marah...(KO ADA? SIKDA)

p/s/s: teringat hari sabtu tengok drama tajuk "aku ada, kau ada?" kami pun jawab sikda... APAKAH!!!

No comments:

Post a Comment