Saturday, March 12, 2011

kalau korang bijak #1 ::jawab jangan tak jawab::

assalamualaikum w.b.t....
hari ni sengaja nak buat korang pecah kepala.... kehkehkeh...

Apa kata kita cuba uji minda kita dengan teka-teki mudah ini?

1. Ada lima buah rumah. Warna pintu bagi setiap rumah adalah berlainan. Penghuninya pula terdiri daripada pelbagai warga negara yang memelihara haiwan perliharaan dan minum minuman berbeza. Setiap penghuni juga makan makanan yang berbeza.

2. Warga Australia tinggal di rumah berpintu merah.

3. Warga Itali memelihara anjing.

4. Kopi diminum oleh warga yang tinggal di rumah berpintu hijau.

5. Warga Ukraine meminum teh.

6. Rumah berpintu hijau berada betul-betul di bahagian kanan (bahagian kanan anda) rumah berpintu putih.

7. Warga yang makan cendawan membela siput.

8. Buah epal dimakan oleh warga yang tinggal di rumah berpintu kuning.

9. Susu diminum oleh warga yang tinggal di rumah bahagian tengah.

10. Warga Norway tinggal di rumah pertama di bahagian kiri.

11. Warga yang makan bawang tinggal di rumah yang bersebelahan dengan warga yang memelihara musang.

12. Buah epal dimakan di rumah bersebelahan dengan rumah yang membela kuda.

13. Warga yang makan kek meminum jus oren.

14. Warga Jepun makan pisang.

15. Warga Norway tinggal bersebelahan dengan rumah berpintu biru.

Oleh itu, siapakah yang meminum air dan siapakah pula yang membela zebra?

Teka-teki yang mudah tetapi mencabar untuk kita sama-sama jawabkan. Memang mudah mendapat jawapan tetapi bagaimana kita mendapat jawapan menjadi perkara yang utama...hehehe
p/s: sapa dpt jawab aku bg hadiah.....

yohaa!!!

2 comments:

  1. ni toko toki ke lawak ni ?
    @_@

    ReplyDelete
  2. REZXwow> ini memg teka teki yg btul...
    cubalah jawab...

    ReplyDelete